www.majalahsains.com

Tuesday, January 29, 2008

Dewan Kosmik Februari 2008

Rencana Tukang Catat di muka surat 41 berjudul : Nanoteknologi Sumber Ekonomi Negara

Friday, January 25, 2008

Buku baru tiba




Buku yang ditempah online dari www.bourneresearch.com
Sumber baru berburu..hehe

Thursday, January 17, 2008

Rencana Nanoteknologi: Petikan dari akhbar utusan

Nanoteknologi melampaui kesediaan pengguna

PERKEMBANGAN nanoteknologi kini sedang mendapat tempat bukan sahaja dalam penyelidikan malahan penghasilan produk bagi tujuan kormesial. Pada masa kini berpuluh ribu produk yang dihasilkan berasaskan nanoteknologi telah pun memasuki pasaran.

Di Malaysia produk-produk berasaskan nanoteknologi juga telah mula memasuki pasaran walaupun mungkin jumlahnya masih agak kecil. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sama ada golongan peniaga dan pengguna telah bersedia dengan kehadiran produk-produk sedemikian.

Nanoteknologi telah mendapat tempat terutamanya di kalangan saintis dan ahli teknologi di awal tahun 90-an. Penghasilan produk nanoteknologi mula diperkenalkan dan dipasarkan seiring dengan penyelidikan dan inovasinya. Berbekalkan keyakinan yang tinggi dari para saintis, ahli teknologi dan para pelabur, penghasilan produk nanoteknologi berkembang terlalu cepat sehingga melampaui kesediaan para pengguna terutamanya bagi produk kegunaan umum.

Hanya golongan tertentu sahaja dapat merasakan kehadiran nanoteknologi dan hasilannya terutamanya golongan saintis ataupun ahli teknologi sendiri misalnya dalam penggunaan peralatan penyelidikan dan peranti -peranti berasaskan nanoteknologi. Manakala kebanyakan masyarakat pengguna keseluruhannya tidak mengetahui akan kehadiran nanoteknologi walaupun produk nanoteknologi telah pun berada di pasaran.

Nanoteknologi berbeza dengan teknologi sebelumnya, kebanyakan produk berasaskan nanoteknologi menggunakan perkataan nanoteknologi atau nano bagi penjenamaannya. Misalnya produk kecantikan atau makanan ia akan menggunakan perkataan ‘berasaskan teknologi nano begitu juga dengan produk-produk kegunaan seharian yang lain. Oleh itu amatlah penting bagi pengguna mengetahui kewujudan nanoteknologi sebelum dapat menerima produk nanoteknologi untuk digunakan. Senario ini berlaku di seluruh dunia lebih-lebih lagi di negara-negara sedang membangun.

Usaha-usaha harus dijalankan bagi memberi pendidikan, pengetahuan dan pendedahan kepada produk-produk berasaskan nanoteknologi agar rakyat Malaysia dari semua golongan dapat menghargai, mengguna dan manfaatkan produk hasilan yang amat dialu-alukan ini.

Golongan peniaga dari peringkat pelabur, pembuat sehinggalah ke peringkat peruncit dan jurujual mestilah mempunyai pengetahuan asas mengenai produk beraraskan nanoteknologi. Dengan sedikit pengetahuan mereka akan lebih cepat untuk membantu penerimaan pengguna terhadap produk berasaskan nanoteknologi dan diharapkan dapat membantu meningkatkan bilangan pengguna.

Di peringkat awal pengenalan dan pemasaran produk-produk nanoteknologi ini golongan peniagalah yang amat penting dan mestilah mengambil inisiatif sedemikian.

Masyarakat pengguna juga amat penting diberi pengetahuan mengenai kelebihan produk-produk nanoteknologi agar mereka berminat untuk menggunakannya sebagai pilihan terkini. Berasaskan teori dan penyelidikan bahawa produk-produk nanoteknologi dipercayai mempunyai banyak kelebihan dan keberkesanannya berbanding produk biasa.

Sejajar dengan aspirasi untuk memberi ilmu pengetahuan ke atas produk-produk nanoteknologi serta melaksanakan hasrat murni ini, di peringkat awal ini Kerajaan Pusat, kerajaan-kerajaan negeri atau persatuan-persatuan peniaga disaran untuk menubuhkan pusat-pusat pameran dan jualan setempat bagi produk-produk berasaskan nanoteknologi.

Pusat-pusat ini mestilah dirangka supaya menerapkan konsep pendidikan agar masyarakat mengetahui akan kewujudan nanoteknologi dan produk-produk berasaskan teknologi ini. Pusat ini merupakan sebuah pusat pameran dan jualan bagi produk-produk nanoteknologi. Produk-produk akan dipamerkan dan juga bagi tujuan jualan untuk jangkamasa tertentu sebelum memasuki pasaran di seluruh negara.

Produk-produk baru akan dipamerkan pula bagi menggantikan produk-produk terdahulu. Sebagai sebuah galeri pameran produk nanoteknologi yang berkonsepkan pendidikan, informasi sesuatu produk mestilah di- sediakan dengan jelas terutamanya dari segi konsep penggunaan nanoteknologi dan mekanisme bagaimana nanoteknologi berfungsi dalam penggunaan produk tersebut.

Keistimewaan boleh diwujudkan berbanding dengan pusat setempat atau galeri pemeran yang biasa diwujudkan dengan menyediakan pakar, saintis dan profesional nanoteknologi di tempat ini. Mereka akan memberi penerangan dan kefahaman mengenai nanoteknologi yang digunakan di setiap produk yang dipamerkan.

Di samping itu juga mungkin boleh diadakan mini seminar di pusat ini bagi menerangkan konsep asas nanoteknologi. Sealiran dengan perkembangan penyelidikan dan inovasi dalam bidang nanoteknologi banyak produk-produk prototaip dan produk berskala makmal yang telah dihasilkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi atau pusat-pusat penyelidikan.

Saranan konsep pusat setempat ini haruslah diambil kira dengan bersungguh-sungguh agar Malaysia dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang celik sains dan teknologi. Ia juga diharap dapat memberi menfaat kepada negara dari segi ekonomi, sosial dan perkembangan sains dan teknologi terutamanya bidang nanoteknologi.

Sumber

Monday, January 14, 2008

Gambaran nanoteknologi

Di bangku sekolah, pelajar sains mengenali jujukan siri ukuran bermula dari

Tera = 10x12
Giga = 10x9
Mega = 10x6
Kilo = 10x3
Densi =10x-1
Senti = 10x-2
Mili = 10x-3
Mikro = 10-6
Nano = 10x-9 .............................................................. KEDUDUKAN NANOMETER
Piko = 10x-12


Rujukan : SILA BACA

Untuk menggambarkan saiz nanometer, cuba bayangkan

1. Saiz kotak mancis berbanding bangunan KLCC
2. Diameter sehelai rambut yang di belah sebanyak 50 ribu kali lebih kecil

Apakah nanoteknologi?

Teknologi yang memanipulasi saiz terkecil bahan sehingga peringkat nanometer ( 1/100000000 meter)..dan teknologi nano sendiri berada di dalam julat 1-100 nanometer ( menurut Mihail C. Rocco )

..bersambung..

Wednesday, January 9, 2008

Sedikit 'booster' dari Puan Sifu

"Saya pernah singgah di blog mundarmandir tetapi tidak meninggalkan komen. Blog saudara bagus buat memandaikan bangsa. Ia informatif.

Saya cuba search "teknologi nano" tetapi blog saudara tidak muncul.

Saya cadangkan saudara menulis entri-entri tentang teknologi nano bagi membantu pelajar-pelajar yang baru hendak tahu apa bendanya "teknologi nano". Jadikan ia fokus blog saudara. Nanti saudara akan dapat peminat sendiri. Mereka juga akan meminati karya-karya saudara apabila sudah diterbitkan oleh (siapa lagi kalau bukan) PTS.

Saya syorkan sai-fai saudara juga menggunakan maklumat teknologi nano. Ini akan meningkatkan lagi kredibiliti karya-karya saudara dan diri saudara."

....emel Sifu PTS....

p/s: kiriman emel di atas memberi semangat untuk menulis semula di dalam blog ini..
tunggu!