www.majalahsains.com

Wednesday, May 21, 2008

Retreat di KL



Retreat ini yang juga bermaksud sanggar kerja Nanoteknologi dan Bahan Termaju ( Nanotechnology & Advance Material) dihadiri hampir 40 orang pakar dalam bidang bidang sains dalam disiplin fizik, kejuruteraan, kimia, matematik dan komputer dari UKM. Hampir keseluruhan mereka (90%) terdiri daripada profesor dalam bidang masing-masing. Dalam pembentangan 'nieche' nanoteknologi, ketua kelompok penyelidikan Nanoteknologi merangkap Pengarah IMEN, telah membentangkan Pengenalan Nanoteknologi & Bahan Termaju yang dapat menjelaskan lagi peranan dan kepentingan nanoteknologi seterusnya membentuk 'roadmap' penyelidikan nanoteknologi dalam usaha memartabatkan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan. Rupa-rupanya hampir keseluruhan disiplin sains dan teknologi yang sedang ditekuni oleh para akademia, saintis dan penyelidik menuju ke arah suatu disiplin asas S&T bersaiz nano. Masih terlalu banyak dunia kecil itu perlu diterokai seperti yang disebut oleh Richard Feynman dalam ucapan beliau yang terkenal "There's plenty of Room at the Bottom" pada tahun 1959. Apa sahaja bidang termasuk elektronik, konsumer, automotif, perubatan dan teknologi komputer akan melalui era nanoteknologi samada kita sedar atau akan tertinggal di belakang.

Di negara maju, penglibatan dunia korporat menyumbang kepada proses kepantasan pembangunan bidang ini. Berbilion dolar dicurahkan kepada universiti dan institusi penyelidikan untuk memajukan nanoteknologi seterusnya dapat dimanfaatkan oleh penduduk dunia. Di Malaysia nampaknay belum ada penglibatan dunia korporat secara serius dalam usaha memajukan R&D nanoteknologi. Seakan-akan tiada kerjasama antara badan korporat dan universiti.

Hadir ke majlis ilmu seperti ini mengingatkan saya tentang sebuah buku berjudul 'The Man Behind Microchip". Sebuah buku autobiografi saintis dan pelopor cip pemprosesan komputer yang pernah bekerja dengan William Shockley seterusnya menceburi dunia korporat. Intel Corporation adalah sebuah konglomerat mikrocip yang masih mendahului pasaran prosesor Intel di seluruh dunia yang ditubuhkan oleh beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Robert Noyce.

Buku ini memberi gambaran bagaimana untuk membawa hasil penyelidikan dari makmal universiti ke pasaran. Ulasan mengenai buku ini di majalah Spectrum terbitan IEEE memberi komen tentang tajuk buku yang mungkin lebih sesuai berjudul The Man who Sold Microchip


No comments: