www.majalahsains.com

Tuesday, July 8, 2008

MoA


Petang tadi saya dan rakan-rakan lain di ofis menghadiri satu majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama penyelidikan antara UKM (IMEN) dan MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Satu majlis ringkas tetapi sangat bermakna memandangkan isu-isu kurangnya jalinan kerjasama antara IPT tempatan dan industri sering digembar gemburkan oleh media, sebaliknya UKM terus mengorak langkah merealisasikannya. Kerjasama IPTA-Industri ini adalah untuk memajukan teknologi MEMS dan teknologi Nano di kalangan warga tempatan untuk sama-sama berada satu kelompok dengan negara-negara pendahulu bidang ini di seluruh dunia. Mudah-mudahan usaha ini akan terus berlanjutan untuk masa akan datang bukan sahaja dalam bidang teknologi maju seperti ini, malahan ia merangkumi setiap aspek penelitian terkemuka ( nieche ) di semua IPT - IPT seluruh Malaysia. Mudah-mudahan!

No comments: