www.majalahsains.com
Showing posts with label Nano. Show all posts
Showing posts with label Nano. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Dewan Kosmik Jun09



Sains dan teknologi semakin berkembang pantas. Artikel pertama Tukang Catat yang diterbitkan di majalah sains dan teknologi pertama Malaysia keluaran DBP ini ialah Daripada Mikro Kepada Nano pada bulan April 2007 dan dinilai oleh panel penilai UKM untuk layak memenangi Hadiah Khas Penulisan Umum di Majalah 2008. Tahun 2009 bersamaan bulan Jun, saya tulis lagi satu kisah perkembangan teknologi nano. Kali ini Daripada Nano Kepada Piko. Insyaallah tak menang apa-apa haha..Menang kalah tak menjadi soal, yang penting baca, baca, tulis,tulis dan sebarkan..

Melihat tajuk, mungkin pembaca (kalau ada) sudah dapat agak apa yang ingin disampaikan. Ya, teknologi semakin mengecil dan mengecil. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini, dapatkan Dewan Kosmik tebaru terbitan DBP di kedai-kedai yang menjual majalah ini. Melanggan lagi bagus!

Selamat membaca

Thursday, May 14, 2009

DEWAN KOSMIK MEI 09



Dapatkan di kedai-kedai rangkaian Dawama

Sunday, February 1, 2009

Estidotmy Jan 09



Dalam sisipan Utusan Malaysia minggu lepas

Wednesday, December 31, 2008

Dewan Kosmik Januari 2009


Berwajah baru, semangat baru..semoga terus gemilang!
Gambar dari blog Tuan Anuar Manshor

:- Saya menulis untuk tajuk Nanocurcumin Merawat Kanser

p/s; Sila melanggan dewan Kosmik www.dawama.com

Saturday, July 12, 2008

Nano Turbin??


Nanoturbine

Makroturbine

Perbezaan yang saaangat ketara! Untuk apa semua ini? sila baca di SINI

Thursday, June 19, 2008

Cecacing Nano?

Kalau baca buku Fantastic Voyage, akan jumpalah suatu kisah robot kecil yang boleh bergerak dalam saluran darah membaiki sel-sel darah dalam badan. Kisah yang digambarkan berlaku semasa Perang Dingin antara US dan Kesatuan Soviet.Ya betul..Ini cerita fiksyen! Seolah-olah mengarut!

Kalau kita baca pula kisah kejayaan saintis dari University of California San Diego, University of California Santa Barbara dan Massachusetts Institute of Technology, mereka telah berjaya merekabentuk/mencipta cecacing nano yang berfungsi seperti digambarkan dalam Fantastic Voyage. Ini bukan mengarut!

Kisah-kisah sains fiksyen seperti inilah yang memberi ilham kepada saintis untuk menghasilkan peranti-peranti kecil bersaiz mikro dan nano untuk manfaat manusia sejagat. Isu ini membayangkankan fiksyen dan sains berkait rapat. Tetapi agak sukar mendapatkan buku-buku novel sains fiksyen berbahasa melayu. Mungkin sebab ini jugalah saintis melayu di Malaysia relatifnya masih kurang. ( Ini cerita lain ).

Sumber

Sunday, May 25, 2008

Risiko teknologi nano??

Khamis lalu akhbar Berita Harian memuatkan berita ini. Ia ditulis oleh penulis terkenal Ramli Abdul Samad yang rencananya selalu boleh kita dapati dalam pelbagai majalah dan akhbar. Beliau menulis tentang risiko nanoteknologi yang mungkin berdasarkan sumbernya dari SINI.
Suatu pendedahan yang baik, namun perlu dikupas dengan lebih mendalam dan teliti untuk terus menghidupkan budaya meneliti dan menyelidik. Kita akui bahawa setiap sesuatu tentunya mempunyai natijah baik dan buruk, terpulang kepada kepintaran dan keihklasan manusia untuk memanipulasi sesuatu perkara tersebut samada untuk menjadikannya bermanfaat atau mudarat.

Penulis berlum berkesempatan membaca sebuah buku berjudul Nanotechnology, Risk, Ethics and Law..tentunya banyak yang menarik dan berguna untuk dikongsi bersama..