www.majalahsains.com

Wednesday, May 28, 2008

NanoPhysics08

Semalam (27hb) dan hari ini (28hb) saya dan rakan-rakan lain menghadiri Workshop on Nanophysics 2008 di Universiti Malaya.


Bengkel tersebut pertama kali dianjurkan oleh Makmal Fizik Teori UM. Berkereta dari Bangi ke UM bukanlah pilihan yang tepat. Jadi kami memilih scooter untuk ke sana. Jimat masa dan duit minyak serta kurang sumpah seranah akibat traffic jam.

Hari pertama sudah nampak tanda-tanda pihak penganjur perlu lebih serius menganjurkan program ilmiah sebegini. Kelihatan hanya 2 papan tanda penunjuk arah ke tempat bengkel berlangsung yang terletak di ceruk bangunan. Mungkin penganjur membuat andaian bahawa semua yang hadir adalah warganegara Malaysia yang sudah mahir selok belok jalan di Fakulti Sains Universiti Malaya.


Bengkel ini menumpukan aspek teori fizik dalam struktur nano. Tidak hairanlah sekiranya sepanjang bengkel berlangsung, slide presentation dipenuhi dengan persamaan-persamaan fizik dan matematik yang menyukarkan kumpulan applied science seperti saya untuk memahaminya ..hehe!

Hari pertama

  • Conservation of Momentum and Energy Algorithms in Nonsynthetic Molecular Dynamics Simulation by Christopher G.Jesudason

"A great topics but not so great lectures by Prof Keshav"..

Hari kedua
  • Energy Bands by Mrs Noriza Ahmad Zabidi
  • Nanoglass particles by Mr Ahmad Nazrul Rosli

"The bestest lecture by AP Dr Sithi Muniandy"

Inilah kuda kami ke UM..Thanks yadoq!!

Sunday, May 25, 2008

Risiko teknologi nano??

Khamis lalu akhbar Berita Harian memuatkan berita ini. Ia ditulis oleh penulis terkenal Ramli Abdul Samad yang rencananya selalu boleh kita dapati dalam pelbagai majalah dan akhbar. Beliau menulis tentang risiko nanoteknologi yang mungkin berdasarkan sumbernya dari SINI.
Suatu pendedahan yang baik, namun perlu dikupas dengan lebih mendalam dan teliti untuk terus menghidupkan budaya meneliti dan menyelidik. Kita akui bahawa setiap sesuatu tentunya mempunyai natijah baik dan buruk, terpulang kepada kepintaran dan keihklasan manusia untuk memanipulasi sesuatu perkara tersebut samada untuk menjadikannya bermanfaat atau mudarat.

Penulis berlum berkesempatan membaca sebuah buku berjudul Nanotechnology, Risk, Ethics and Law..tentunya banyak yang menarik dan berguna untuk dikongsi bersama..

Wednesday, May 21, 2008

Retreat di KL



Retreat ini yang juga bermaksud sanggar kerja Nanoteknologi dan Bahan Termaju ( Nanotechnology & Advance Material) dihadiri hampir 40 orang pakar dalam bidang bidang sains dalam disiplin fizik, kejuruteraan, kimia, matematik dan komputer dari UKM. Hampir keseluruhan mereka (90%) terdiri daripada profesor dalam bidang masing-masing. Dalam pembentangan 'nieche' nanoteknologi, ketua kelompok penyelidikan Nanoteknologi merangkap Pengarah IMEN, telah membentangkan Pengenalan Nanoteknologi & Bahan Termaju yang dapat menjelaskan lagi peranan dan kepentingan nanoteknologi seterusnya membentuk 'roadmap' penyelidikan nanoteknologi dalam usaha memartabatkan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan. Rupa-rupanya hampir keseluruhan disiplin sains dan teknologi yang sedang ditekuni oleh para akademia, saintis dan penyelidik menuju ke arah suatu disiplin asas S&T bersaiz nano. Masih terlalu banyak dunia kecil itu perlu diterokai seperti yang disebut oleh Richard Feynman dalam ucapan beliau yang terkenal "There's plenty of Room at the Bottom" pada tahun 1959. Apa sahaja bidang termasuk elektronik, konsumer, automotif, perubatan dan teknologi komputer akan melalui era nanoteknologi samada kita sedar atau akan tertinggal di belakang.

Di negara maju, penglibatan dunia korporat menyumbang kepada proses kepantasan pembangunan bidang ini. Berbilion dolar dicurahkan kepada universiti dan institusi penyelidikan untuk memajukan nanoteknologi seterusnya dapat dimanfaatkan oleh penduduk dunia. Di Malaysia nampaknay belum ada penglibatan dunia korporat secara serius dalam usaha memajukan R&D nanoteknologi. Seakan-akan tiada kerjasama antara badan korporat dan universiti.

Hadir ke majlis ilmu seperti ini mengingatkan saya tentang sebuah buku berjudul 'The Man Behind Microchip". Sebuah buku autobiografi saintis dan pelopor cip pemprosesan komputer yang pernah bekerja dengan William Shockley seterusnya menceburi dunia korporat. Intel Corporation adalah sebuah konglomerat mikrocip yang masih mendahului pasaran prosesor Intel di seluruh dunia yang ditubuhkan oleh beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Robert Noyce.

Buku ini memberi gambaran bagaimana untuk membawa hasil penyelidikan dari makmal universiti ke pasaran. Ulasan mengenai buku ini di majalah Spectrum terbitan IEEE memberi komen tentang tajuk buku yang mungkin lebih sesuai berjudul The Man who Sold Microchip