www.majalahsains.com

Friday, October 17, 2008

Dewan Kosmik November

Majalah S&T tersohor dalam BM ini akan terbit pada bulan November nanti. Saya tabik kepada sidang editor KOSMIK kerana rekabentuk kulit majalah yang sangat menarik dan bertepatan dengan isu global sekarang..Tahniah!!


Gambar diambil dari blog Tuan Anuar Manshor

Wednesday, October 8, 2008

Anugerah Nobel Fizik 2008


Tahun ini Hadiah Nobel bidang fizik dikongsi oleh 3 orang saintis berbangsa Jepun berlainan warganegara. 2 daripadanya saintis Jepun iaitu Makoto Kobayashi and Toshihide Maskawa dan seorang saintis dari Universiti Chicago Amerika Syarikat,iaitu Yoichiro Nambu. Hadiah nobel ini dianugerahkan kepada saintis fizik atas penemuan fenomena dalam bidang fizik partikel yang dikenali dengan "spontaneous broken symmetry".

Thursday, September 25, 2008

KOSMIK September

Artikel Saya berjudul : Kebijaksanaan Debu Pintar

Saturday, July 12, 2008

Nano Turbin??


Nanoturbine

Makroturbine

Perbezaan yang saaangat ketara! Untuk apa semua ini? sila baca di SINI

Tuesday, July 8, 2008

MoA


Petang tadi saya dan rakan-rakan lain di ofis menghadiri satu majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama penyelidikan antara UKM (IMEN) dan MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Satu majlis ringkas tetapi sangat bermakna memandangkan isu-isu kurangnya jalinan kerjasama antara IPT tempatan dan industri sering digembar gemburkan oleh media, sebaliknya UKM terus mengorak langkah merealisasikannya. Kerjasama IPTA-Industri ini adalah untuk memajukan teknologi MEMS dan teknologi Nano di kalangan warga tempatan untuk sama-sama berada satu kelompok dengan negara-negara pendahulu bidang ini di seluruh dunia. Mudah-mudahan usaha ini akan terus berlanjutan untuk masa akan datang bukan sahaja dalam bidang teknologi maju seperti ini, malahan ia merangkumi setiap aspek penelitian terkemuka ( nieche ) di semua IPT - IPT seluruh Malaysia. Mudah-mudahan!

Wednesday, July 2, 2008

Tandas mikro??

Gambar di bawah diperolehi dari website Korea..Sepintas lalu kita mungkin berkata, takder kerja ke orang Korea buat benda pelik-pelik yang tak masuk akal (mungkin tandas ini terbentuk secara tidak sengaja). Tapi jangan lupa, kadang-kadang idea-idea yang tak masuk akal lah yang menarik minat orang ramai untuk menyelidik seterusnya menjadi produk teknologi yang 'establish' di pasaran..


SUMBER