www.majalahsains.com

Wednesday, February 27, 2008

Estidotmy Februari 2008




Estidotmy merupakan sisipan bulanan sains dan teknologi yang dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI) dan diselia oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia. Ia pertama kali ditrbitkan pada tahun 2002 dan boleh di dapati dalam bentuk CD di ASM.

Tujuan utama penerbitannya ialah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat terhadap sains dan teknologi. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu penerbitan Sains dan Teknologi berbahasa Melayu yang berusaha untuk menarik golongan pelajar di peringkat sekolah rendah lagi dalam meminati S&T.

Isi kandungannya memuatkan artikel-artikel yang mudah difahami, kuiz sains, cit cat saintis tempatan, eksperimen sains yang ringkas, biografi saintis islam, kerjaya dalam bidang sains dan dan sebagainya.

p/s. Kalau dalam Dewan Kosmik Februari rencana Tukang Catat di mukasurat 41, dalam Estidotmy pula di mukasurat 14..mungkin tuah nombor 4! ahaks