Wednesday, April 30, 2008

Thursday, April 10, 2008

Produk nanoteknologi

Januari lepas tulisan mengenai fenomena GiantMagnetoResistance (GMR) termuat dalam Dewan Kosmik. Ini adalah satu contoh benar tentang keberhasilan kajian teknologi nano yang bermula di makmal penyelidikan, seterusnya memasuki dunia pengilangan sehingga sampai kepada pengguna. Teknologi GMR ini digunakan meluas sebagai pembaca cakera keras ( hard disk read head). Stuart Parkin dari IBM Almaden Research Centre, dari San Jose California antara saintis terkenal yang menjalankan kajian tentang fenomena GMR.