Wednesday, December 31, 2008

Dewan Kosmik Januari 2009


Berwajah baru, semangat baru..semoga terus gemilang!
Gambar dari blog Tuan Anuar Manshor

:- Saya menulis untuk tajuk Nanocurcumin Merawat Kanser

p/s; Sila melanggan dewan Kosmik www.dawama.com

Wednesday, December 3, 2008

Kosmik Disember


Gambar dari blog Tuan Anuar Manshor

Artikel saya berjudul 'Robot Serangga, Terbang'

Sila dapatkan di kedai-kedai majalah terdekat atau pun melanggan terus dari DAWAMA

Friday, October 17, 2008

Dewan Kosmik November

Majalah S&T tersohor dalam BM ini akan terbit pada bulan November nanti. Saya tabik kepada sidang editor KOSMIK kerana rekabentuk kulit majalah yang sangat menarik dan bertepatan dengan isu global sekarang..Tahniah!!


Gambar diambil dari blog Tuan Anuar Manshor

Wednesday, October 8, 2008

Anugerah Nobel Fizik 2008


Tahun ini Hadiah Nobel bidang fizik dikongsi oleh 3 orang saintis berbangsa Jepun berlainan warganegara. 2 daripadanya saintis Jepun iaitu Makoto Kobayashi and Toshihide Maskawa dan seorang saintis dari Universiti Chicago Amerika Syarikat,iaitu Yoichiro Nambu. Hadiah nobel ini dianugerahkan kepada saintis fizik atas penemuan fenomena dalam bidang fizik partikel yang dikenali dengan "spontaneous broken symmetry".

Thursday, September 25, 2008

KOSMIK September

Artikel Saya berjudul : Kebijaksanaan Debu Pintar

Saturday, July 12, 2008

Nano Turbin??


Nanoturbine

Makroturbine

Perbezaan yang saaangat ketara! Untuk apa semua ini? sila baca di SINI

Tuesday, July 8, 2008

MoA


Petang tadi saya dan rakan-rakan lain di ofis menghadiri satu majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama penyelidikan antara UKM (IMEN) dan MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Satu majlis ringkas tetapi sangat bermakna memandangkan isu-isu kurangnya jalinan kerjasama antara IPT tempatan dan industri sering digembar gemburkan oleh media, sebaliknya UKM terus mengorak langkah merealisasikannya. Kerjasama IPTA-Industri ini adalah untuk memajukan teknologi MEMS dan teknologi Nano di kalangan warga tempatan untuk sama-sama berada satu kelompok dengan negara-negara pendahulu bidang ini di seluruh dunia. Mudah-mudahan usaha ini akan terus berlanjutan untuk masa akan datang bukan sahaja dalam bidang teknologi maju seperti ini, malahan ia merangkumi setiap aspek penelitian terkemuka ( nieche ) di semua IPT - IPT seluruh Malaysia. Mudah-mudahan!

Wednesday, July 2, 2008

Tandas mikro??

Gambar di bawah diperolehi dari website Korea..Sepintas lalu kita mungkin berkata, takder kerja ke orang Korea buat benda pelik-pelik yang tak masuk akal (mungkin tandas ini terbentuk secara tidak sengaja). Tapi jangan lupa, kadang-kadang idea-idea yang tak masuk akal lah yang menarik minat orang ramai untuk menyelidik seterusnya menjadi produk teknologi yang 'establish' di pasaran..


SUMBER

Thursday, June 26, 2008

Produk Kosmetik Berasaskan Nanoteknologi


Rencana dia atas diterbitkan dalam Berita harian 25 Jun 2008. Ditulis oleh Dr Saifollah Abdullah dan Dr Mohamad Rusop, Dari UiTM Shah Alam

Monday, June 23, 2008

Engine of Creation: Eric Drexler


Dalam kebanyakan artikel yang ditulis untuk Dewan Kosmik berkaitan dengan nanoteknologi
, saya sering meletakkan nama K.Eric Drexler sebagai salah seorang pelopor bidang nanoteknologi. Buku berjudul Engine of Creation, The Coming Era of Nanotechnology adalah buku pertama beliau yang menyentuh tentang teknologi baru yang memukau dunia tatkala ini.

Terus terang, saya sememangnya memasang niat untuk memiliki serta membelek-belek helaian buku ini secara nyata. Versi online/print boleh didapati dari link di atas tetapi tidaklah sama dengan aroma serta nikmat membelai buku yang asli..

Thursday, June 19, 2008

Cecacing Nano?

Kalau baca buku Fantastic Voyage, akan jumpalah suatu kisah robot kecil yang boleh bergerak dalam saluran darah membaiki sel-sel darah dalam badan. Kisah yang digambarkan berlaku semasa Perang Dingin antara US dan Kesatuan Soviet.Ya betul..Ini cerita fiksyen! Seolah-olah mengarut!

Kalau kita baca pula kisah kejayaan saintis dari University of California San Diego, University of California Santa Barbara dan Massachusetts Institute of Technology, mereka telah berjaya merekabentuk/mencipta cecacing nano yang berfungsi seperti digambarkan dalam Fantastic Voyage. Ini bukan mengarut!

Kisah-kisah sains fiksyen seperti inilah yang memberi ilham kepada saintis untuk menghasilkan peranti-peranti kecil bersaiz mikro dan nano untuk manfaat manusia sejagat. Isu ini membayangkankan fiksyen dan sains berkait rapat. Tetapi agak sukar mendapatkan buku-buku novel sains fiksyen berbahasa melayu. Mungkin sebab ini jugalah saintis melayu di Malaysia relatifnya masih kurang. ( Ini cerita lain ).

Sumber

Thursday, June 12, 2008

Kronologi Perkembangan Nanoteknologi

Sejarah Ringkas Nanoteknologi


1959

Feynman gives after-dinner talk describing molecular machines building with atomic precision

1974
Taniguchi uses term "nano-technology" in paper on ion-sputter machining

1977
Drexler originates molecular nanotechnology concepts at MIT

1981
First technical paper on molecular engineering to build with atomic precision
STM invented

1985
Buckyball discovered

1986
First book published
AFM invented
First organization formed

1987
First protein engineered
First university symposium

1988
First university course

1989
IBM logo spelled in individual atoms
First national conference

1990
First nanotechnology journal
Japan's STA begins funding nanotech projects

1991
Japan''s MITI announces bottom-up "atom factory"
IBM endorses bottom-up path
Japan's MITI commits $200 million
Carbon nanotube discovered

1992
First textbook published
First Congressional testimony

1993
First Feynman Prize in Nanotechnology awarded
First coverage of nanotech from White House
"Engines of Creation" book given to Rice administration, stimulating first university nanotech center

1994
Nanosystems textbook used in first university course
US Science Advisor advocates nanotechnology

1995
First think tank report
First industry analysis of military applications

1996
$250,000 Feynman Grand Prize announced
First European conference
NASA begins work in computational nanotech
First nanobio conference

1997
First company founded: Zyvex
First design of nanorobotic system

1998
First NSF forum, held in conjunction with Foresight Conference
First DNA-based nanomechanical device

1999
First Nanomedicine book published
First safety guidelines
Congressional hearings on proposed National Nanotechnology Initiative

2000
President Clinton announces U.S. National Nanotechnology Initiative
First state research initiative: $100 million in California

2001
First report on nanotech industry
U.S. announces first center for military applications

2002
First nanotech industry conference
Regional nanotech efforts multiply

2003
Congressional hearings on societal implications
Call for balancing NNI research portfolio
Drexler/Smalley debate is published in Chemical & Engineering News

2004
First policy conference on advanced nanotech
First center for nanomechanical systems

2005
At Nanoethics meeting, Roco announces nanomachine/nanosystem project count has reached 300

2006
National Academies nanotechnology report calls for experimentation toward molecular manufacturing

Rujukan

Kecil dan berkapasiti tinggi

Toshiba akan melancarkan produk terbaru mereka. Hardisk Drive (HDD) bersaiz 1.8 inci lebar yang mempunyai kapasiti storan 160 GB dengan berat 62 gram. Terkecil di dunia setakat ini!!
Perlumbaan teknologi HDD masih lagi didahului oleh Syarikat Jepun.

SUMBER

Tuesday, June 10, 2008

Kosmik Mei


Masih ada di pasaran walaupun dan masuk bulan jun. Kalau tak ada boleh dapatkan di kedai buku Dawama Ulu Kelang

Monday, June 9, 2008

Estidotmy Mei


Terbit dalam sisipan Utusan Malaysia 28 Mei yang lepas

Tuesday, June 3, 2008

Bola sepak nano


Peminat bolasepak pastinya teruja menunggu sepakmula perlawanan Euro2008 di kaca TV beberapa hari sahaja lagi. Di sebalik perlawanan tumpuan yang akan berlangsung, percayakah anda, tahun ini juga telah diadakan perlawanan kedua bolasepak nano. Namun begitu, perlawanan ini hanya boleh ditonton menerusi mikroskop sahaja. Yerlah!..Bolasepak Nano.

Nanosoccer!

Wednesday, May 28, 2008

NanoPhysics08

Semalam (27hb) dan hari ini (28hb) saya dan rakan-rakan lain menghadiri Workshop on Nanophysics 2008 di Universiti Malaya.


Bengkel tersebut pertama kali dianjurkan oleh Makmal Fizik Teori UM. Berkereta dari Bangi ke UM bukanlah pilihan yang tepat. Jadi kami memilih scooter untuk ke sana. Jimat masa dan duit minyak serta kurang sumpah seranah akibat traffic jam.

Hari pertama sudah nampak tanda-tanda pihak penganjur perlu lebih serius menganjurkan program ilmiah sebegini. Kelihatan hanya 2 papan tanda penunjuk arah ke tempat bengkel berlangsung yang terletak di ceruk bangunan. Mungkin penganjur membuat andaian bahawa semua yang hadir adalah warganegara Malaysia yang sudah mahir selok belok jalan di Fakulti Sains Universiti Malaya.


Bengkel ini menumpukan aspek teori fizik dalam struktur nano. Tidak hairanlah sekiranya sepanjang bengkel berlangsung, slide presentation dipenuhi dengan persamaan-persamaan fizik dan matematik yang menyukarkan kumpulan applied science seperti saya untuk memahaminya ..hehe!

Hari pertama

  • Conservation of Momentum and Energy Algorithms in Nonsynthetic Molecular Dynamics Simulation by Christopher G.Jesudason

"A great topics but not so great lectures by Prof Keshav"..

Hari kedua
  • Energy Bands by Mrs Noriza Ahmad Zabidi
  • Nanoglass particles by Mr Ahmad Nazrul Rosli

"The bestest lecture by AP Dr Sithi Muniandy"

Inilah kuda kami ke UM..Thanks yadoq!!

Sunday, May 25, 2008

Risiko teknologi nano??

Khamis lalu akhbar Berita Harian memuatkan berita ini. Ia ditulis oleh penulis terkenal Ramli Abdul Samad yang rencananya selalu boleh kita dapati dalam pelbagai majalah dan akhbar. Beliau menulis tentang risiko nanoteknologi yang mungkin berdasarkan sumbernya dari SINI.
Suatu pendedahan yang baik, namun perlu dikupas dengan lebih mendalam dan teliti untuk terus menghidupkan budaya meneliti dan menyelidik. Kita akui bahawa setiap sesuatu tentunya mempunyai natijah baik dan buruk, terpulang kepada kepintaran dan keihklasan manusia untuk memanipulasi sesuatu perkara tersebut samada untuk menjadikannya bermanfaat atau mudarat.

Penulis berlum berkesempatan membaca sebuah buku berjudul Nanotechnology, Risk, Ethics and Law..tentunya banyak yang menarik dan berguna untuk dikongsi bersama..

Wednesday, May 21, 2008

Retreat di KL



Retreat ini yang juga bermaksud sanggar kerja Nanoteknologi dan Bahan Termaju ( Nanotechnology & Advance Material) dihadiri hampir 40 orang pakar dalam bidang bidang sains dalam disiplin fizik, kejuruteraan, kimia, matematik dan komputer dari UKM. Hampir keseluruhan mereka (90%) terdiri daripada profesor dalam bidang masing-masing. Dalam pembentangan 'nieche' nanoteknologi, ketua kelompok penyelidikan Nanoteknologi merangkap Pengarah IMEN, telah membentangkan Pengenalan Nanoteknologi & Bahan Termaju yang dapat menjelaskan lagi peranan dan kepentingan nanoteknologi seterusnya membentuk 'roadmap' penyelidikan nanoteknologi dalam usaha memartabatkan UKM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan. Rupa-rupanya hampir keseluruhan disiplin sains dan teknologi yang sedang ditekuni oleh para akademia, saintis dan penyelidik menuju ke arah suatu disiplin asas S&T bersaiz nano. Masih terlalu banyak dunia kecil itu perlu diterokai seperti yang disebut oleh Richard Feynman dalam ucapan beliau yang terkenal "There's plenty of Room at the Bottom" pada tahun 1959. Apa sahaja bidang termasuk elektronik, konsumer, automotif, perubatan dan teknologi komputer akan melalui era nanoteknologi samada kita sedar atau akan tertinggal di belakang.

Di negara maju, penglibatan dunia korporat menyumbang kepada proses kepantasan pembangunan bidang ini. Berbilion dolar dicurahkan kepada universiti dan institusi penyelidikan untuk memajukan nanoteknologi seterusnya dapat dimanfaatkan oleh penduduk dunia. Di Malaysia nampaknay belum ada penglibatan dunia korporat secara serius dalam usaha memajukan R&D nanoteknologi. Seakan-akan tiada kerjasama antara badan korporat dan universiti.

Hadir ke majlis ilmu seperti ini mengingatkan saya tentang sebuah buku berjudul 'The Man Behind Microchip". Sebuah buku autobiografi saintis dan pelopor cip pemprosesan komputer yang pernah bekerja dengan William Shockley seterusnya menceburi dunia korporat. Intel Corporation adalah sebuah konglomerat mikrocip yang masih mendahului pasaran prosesor Intel di seluruh dunia yang ditubuhkan oleh beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Robert Noyce.

Buku ini memberi gambaran bagaimana untuk membawa hasil penyelidikan dari makmal universiti ke pasaran. Ulasan mengenai buku ini di majalah Spectrum terbitan IEEE memberi komen tentang tajuk buku yang mungkin lebih sesuai berjudul The Man who Sold Microchip


Wednesday, April 30, 2008

Thursday, April 10, 2008

Produk nanoteknologi

Januari lepas tulisan mengenai fenomena GiantMagnetoResistance (GMR) termuat dalam Dewan Kosmik. Ini adalah satu contoh benar tentang keberhasilan kajian teknologi nano yang bermula di makmal penyelidikan, seterusnya memasuki dunia pengilangan sehingga sampai kepada pengguna. Teknologi GMR ini digunakan meluas sebagai pembaca cakera keras ( hard disk read head). Stuart Parkin dari IBM Almaden Research Centre, dari San Jose California antara saintis terkenal yang menjalankan kajian tentang fenomena GMR.

Wednesday, March 26, 2008

Penemuan baru

Saintis fizik dari University of Maryland telah membuktikan graphene sebagai pengganti silikon dalam teknologi semikonduktor. Graphene mempunyai sifat kekonduksian yang lebih baik dari semikonduktor.

Sumber

Estidotmy MAC






Kepada sesiapa yang membeli Utusan Malaysia hari ini, 27 Mac 2008, terdapat artikel saya berjudul seperti di atas dalam sisipan ESTIDOTMY.

Wednesday, February 27, 2008

Estidotmy Februari 2008




Estidotmy merupakan sisipan bulanan sains dan teknologi yang dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI) dan diselia oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia. Ia pertama kali ditrbitkan pada tahun 2002 dan boleh di dapati dalam bentuk CD di ASM.

Tujuan utama penerbitannya ialah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat terhadap sains dan teknologi. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu penerbitan Sains dan Teknologi berbahasa Melayu yang berusaha untuk menarik golongan pelajar di peringkat sekolah rendah lagi dalam meminati S&T.

Isi kandungannya memuatkan artikel-artikel yang mudah difahami, kuiz sains, cit cat saintis tempatan, eksperimen sains yang ringkas, biografi saintis islam, kerjaya dalam bidang sains dan dan sebagainya.

p/s. Kalau dalam Dewan Kosmik Februari rencana Tukang Catat di mukasurat 41, dalam Estidotmy pula di mukasurat 14..mungkin tuah nombor 4! ahaks

Tuesday, January 29, 2008

Dewan Kosmik Februari 2008

Rencana Tukang Catat di muka surat 41 berjudul : Nanoteknologi Sumber Ekonomi Negara

Friday, January 25, 2008

Buku baru tiba




Buku yang ditempah online dari www.bourneresearch.com
Sumber baru berburu..hehe