www.majalahsains.com

Thursday, June 19, 2008

Cecacing Nano?

Kalau baca buku Fantastic Voyage, akan jumpalah suatu kisah robot kecil yang boleh bergerak dalam saluran darah membaiki sel-sel darah dalam badan. Kisah yang digambarkan berlaku semasa Perang Dingin antara US dan Kesatuan Soviet.Ya betul..Ini cerita fiksyen! Seolah-olah mengarut!

Kalau kita baca pula kisah kejayaan saintis dari University of California San Diego, University of California Santa Barbara dan Massachusetts Institute of Technology, mereka telah berjaya merekabentuk/mencipta cecacing nano yang berfungsi seperti digambarkan dalam Fantastic Voyage. Ini bukan mengarut!

Kisah-kisah sains fiksyen seperti inilah yang memberi ilham kepada saintis untuk menghasilkan peranti-peranti kecil bersaiz mikro dan nano untuk manfaat manusia sejagat. Isu ini membayangkankan fiksyen dan sains berkait rapat. Tetapi agak sukar mendapatkan buku-buku novel sains fiksyen berbahasa melayu. Mungkin sebab ini jugalah saintis melayu di Malaysia relatifnya masih kurang. ( Ini cerita lain ).

Sumber

No comments: